Saturday, February 4, 2012

Spa Muslimah: Khasiat Kurma Ajwah.


Diceritakan Pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang berpuasa dan apabila tiba waktu untuk berbuka puasa satu makanan pun tidak ada untuk dimakan oleh baginda.

Malaikat Jibril yang melihat keadaan Rasulullah S.A.W sedemikian merasa sedih lalu ia memohon kepada Allah S.W.T supaya mengurniakan sesuatu makanan untuk rasul kesayangan-Nya berbuka puasa, lalu Allah S.W.T yang sememangnya Maha Mengetahui segalanya memperkenankan permintaan malaikat Jibril tersebut dan diberikanlah buah kurma yang istimewa ini untuk Rasulullah S.A.W berbuka puasa.

Bekam Wanita di Kuala Lumpur: Bekam Sunnah Untuk Merawat Gangguan Jin.

 
1) Pesakit gangguan jin perlu dirawat dengan kaedah bacaan Al Quran,minum air yang dibacakan Al Quran dan mandi air yang dibacakan Al Quran juga.

2) Pesakit gangguan jin juga perlu makan/menggunakan herba sunnah seperti makan kurma ajwa,lumur minyak zaitun tempat yang sakit,minum madu dan makan habbatus sawda.

3) Pesakit gangguan jin juga perlu mendapatkan rawatan AL HIJAMAH ataupun bekam sunnah,berbekam ditengkuk/kepala ataupun ditempat yang sakit bagi mengeluarkan racun/endapan sihir.

4) Pesakit juga perlu membaca ayat perlindungan sebanyak mungkin setiap hari seperti amalan membaca Kursi ataupun 3 Qul.

Bekam Taman Melawati Kuala Lumpur.


Bekam dikatakan teknik detoksifikasi yang berkesan dan dapat merawat pelbagai penyakit 

Pesakit boleh mendapatkan rawatan bekam di Pusat Bekam di Taman Melawati, Kuala Lumpur dan di Gombak, Selangor.

Mengikut hadis sahih,Rasulullah SAW dan para sahabat berbekam sebulan sekali sepanjang tahun kecuali bulan Ramadhan,jadi para pembaca blog diluarsana disyorkan berbekam sebulan sekali dan tarikh mustajab berbekam ialah pada 17/19/21hb islam dimana sesiapa yang berbekam pada tarikh tersebut akan disembuhkan dari segala penyakit,insyaAllah.

Friday, February 3, 2012

Muslimah Spa in Kuala Lumpur: Hijama Therapy.


What Is Hijama?
Hijama is a therapy that comes from the Arabic root – sucking; vacuum. This therapy works with the body’s condition and balances it. The body may be suffering from sluggish organs, or be in need of detoxification, and either way Hijama is an effective treatment. Hijama therapy is even known to have helped women ovulate and thus, fall pregnant. As Hijama therapy directly removes a small amount of blood from the patient it also detoxifies the blood, stimulates the body’s immune system and helps blood to flow more freely. It is known to relieve pain including migraine and back ache and is also the best preventive treatment available.

How and When Is Hijama Therapy Performed?
 In other alternative medicines Hijama is also known as cupping or bloodletting, but the difference between these and Hijama is that with Hijama only the surface of the skin is scratched and then glass cups are placed on the specific spot and a vacuum is made to gently draw the blood out. Kissoon commented, “We sent some samples of blood that were taken during Hijama treatment to a non-Muslim laboratory and the doctors there commented that the blood was highly toxic and unsuitable for a human being.” 

Muslimah Spa: Kaedah Bekam Sunnah di Yoyoy Kamphora Spa.


Terapi rawatan ikut sunnah semakin dilupakan

BEKAM adalah satu subjek yang besar biarpun ia sekadar satu cabang dalam perubatan alternatif. Mengikut definisi ia adalah kaedah rawatan yang menggunakan alat seperti gelas, tanduk atau buluh yang menyedut permukaan kulit untuk mengeluarkan angin, darah, toksik, darah beku atau kekotoran.

Pengamal kaedah perubatan bekam, Dr Nik Fairuz Hakim Nik Omar, dari Pusat Perubatan Homeopathy dan Akupuntur Dr Nik Omar, Shah Alam, berkata bekam atau Al-Hijamah adalah amalan sunnah yang hampir dilupakan orang Islam sendiri. Ia adalah terapi perawatan yang mampu menyembuhkan pelbagai penyakit yang disyorkan Nabi Muhammad SAW dan direstui amalannya oleh Allah SWT.

Ada beberapa jenis bekam yang diamalkan di dunia seperti bekam kering (angin), bekam basah (darah), bekam magnet, bekam elektronik dan bekam akupuntur.

Kesempurnaan Nabi Muhammad


Kitab Syama’il Muhammadiyah (kesempurnaan Nabi Muhammad) yang disusun oleh Imam at-Tirmidzi. Kitab ini yang menyenaraikan sifat-sifat fizikal, sifat-sifat akhlaq dan cara kehidupan Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wasallam secara agak terperinci.

Hadith 1:

Jabir bin Samurah radhiAllahu `anhu berkata:
  • “Aku melihat Rasulullah pada suatu malam yang diterangi bulan purnama. Pada waktu itu, Baginda memakai pakaian berwarna merah. Aku memandang Baginda dan bulan silih berganti. Bagiku, Baginda lebih indah daripada bulan purnama” (HR at-Tirmidzi)
Hadith 2:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
  • “Rasulullah bukanlah orang yang terlalu tinggi, namun bukan juga terlalu pendek, (kulitnya) tidak putih pucat juga tidak sawo matang, (rambutnya ikal) tidak terlalu kerinting dan tidak juga lurus. Baginda diutus oleh ALLAH menjadi Rasul pada usia empat puluh tahun. Baginda diwafatkan oleh ALLAH dalam usia enam puluh tahun, dalam keadaan tidak sampai 20 helai uban yang terdapat di kepala dan janggutnya.” (HR al-Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi)
Hadith 3:

Anas bin Malik radhiAllahu `anhu berkata:
  • “Rasulullah adalah seorang yang mempunyai tubuh yang sedang, tidak tinggi dan tidak rendah, bentuk tubuhnya bagus. Rambutnya tidak kerinting dan tidak lurus. Warna kulit Baginda putih kemerahan. Jika berjalan, pergerakannya condong ke hadapan.” (HR al-Bukhari dan at-Tirmidzi)

Lagi Lelaki Tercantik Di Bumi



 

Monday, January 30, 2012

Nikmat Kesakitan.

alt
Tahukah kita bahawa di sebalik kesakitan yang kita perolehi itu ada kenikmatan yang dianugerahkan oleh-Nya? Tetapi betapa sikitnya umat manusia yang bersyukur atas nikmat yang diberi ini walaupun mensyukuri nikmat itu suatu kewajipan atas orang yang beriman. Manakala kesihatan merupakan antara nikmat terbesar yang dikurniakan oleh Allah kepada hamba-hambanya.


Namun kenikmatan ketika sakit itu hanya dapat diukur oleh orang yang sedang sakit. Manusia dapat menilai erti kesihatan hanya apabila nikmat tersebut hilang. Bilamana sakit tersebut menimpa, maka sekali gus telah melenyapkan kebahagiaan.

Wajah Yang Manis Selalu Senyum.


Abu Yazid Al Busthami, pelopor sufi, pada suatu hari pernah didatangi seorang lelaki yang wajahnya kusam dan keningnya selalu berkerut. Lelaki itu mengadu, "Tuan Guru, sepanjang hidup saya, rasanya tidak pernah lepas saya beribadah kepada Allah. Orang lain sudah lelap, saya masih bermunajat. Isteri saya belum bangun, saya sudah mengaji. Saya juga bukan pemalas yang enggan mencari rezeki. Tetapi mengapa saya selalu malang dan kehidupan saya penuh kesulitan?"

Sunday, January 29, 2012

BAGAIMANA SELEPAS BERBEKAM?

Ramai juga yang datang berjumpa terutama mereka yang tidak pernah berbekam akan melontarkan soalan-soalan seperti
  • Bagaimana ye rasanya berbekam? Sakit ke tidak bila di cucuk dengan jarum / pisau tu?
  • Bagaimana dengan Jarum Bekam?
  • Apa rasanya bila sudah selesai berbekam?
  • Bagaimana luka bekas bekam?

Doa Itu Ibadat.

PENGERTIAN DOA

 
Doa adalah satu kalimah yang mempunyai perngertian yang banyak. Antaranya ialah:

1. Doa adalah ibadat, maka tidaklah boleh beribadat kepada selain daripada Allah yang tidak dapat memberi manfaat dan mendatangkan kemudharatan.

2. Doa adalah memohon pengampuan dan pertolongan dari Allah. Hanya Allah sajalah yang dapat memberinya.

3. Doa adalah permintaan atau permohonan yang semata-mata ditujukan kepada allah.

4. Doa adalah percakapan, maksudnya ialah percakapan yang dicakapkan oleh ahli syurga.

5. Doa ialah penggilan, iaitu panggilan atau seruan Allah pada hari kiamat.

6. Doa adalah pujian, maka pujian yang hanya layak untuk menerima pujian ialah Allah.

Friday, January 27, 2012

Petua Untuk Melicinkan Kulit Muka


  • Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  • Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.

Petua Untuk Menjadi Suami Soleh


1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik. Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.

2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan. Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.

3. Suami misali menjadi kebanggaan isteri. Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.

4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari. Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?

5.Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat. Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
 

Petua Mengempiskan Perut.


Penampilan seseorang wanita akan kelihatan menawan jika mempunyai perut yang kempis. Perut yang kempis akan menampakkan susuk badan yang cantik serta mudah untuk mengayakan pelbagai fesyen. Terdapat beberapa petua yang boleh dicuba bagi wanita yang mengalami masalah perut buncit dan kulit perut berkedut selepas melahirkan anak.

Pilihan Petua Islam Untuk Awet Muda


a. Urutkan wajah anda dengan air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat ke atas Nabi Muhammad  s.a.w. 3 kali.

b. Gunakan jari telunjuk kedua-dua belah tangan dan letakkan di bawah dagu. Pusingkan jari anda ke pipi,pipi ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi.

c. Lakukan setiap pagi disusuli dengan meminum air suam sebelum mengambil sarapan pagi. Perlu diingat, jangan sekali mengurut wajah anda dari atas ke bawah kerana ia akan mempercepatkan proses kedutan.

Thursday, January 26, 2012

Body Bleaching Treatment @ Yoyoy Kamphora Spa.


We provide the variety of Spa Packages for you as to help you save money. Some Exclusive Spa package may not be able to find elsewhere. We invite you to find the Spa Packages you need, whether you need half day spa or full day spa , we have them all for you. You Spa Promotion will include Sensual Massage, Facial and Beauty Treatment, Body Work, Body Treatment and shaping, Hand and feet, Hydrotherapy, Mind and Body, Hands and feet, Hydrotherapy and more. Browse through Wellness Spa Packages and other Spa Treatment below and demonstrate your true beauty within you.  
Yoyoy Kamphora Spa offers you with Special Promotion Spa of Body Bleaching Treatment

RM 250 include:
  • Sauna Aromatherapy
  • Full Body Scrub
  • Full Body Bleaching
  • Full Body Whitening  Mask
  • Milk Bath
  • Aroma Eye Pillow Treatment
  • Honey Drink
Beauty Spa Muslimah at Yoyoy Kamphora Spa.

Beauty Spa at Taman Melawati, Kuala Lumpur @ Yoyoy Kamphora Spa.

Yoyoy Kamphora is primarily conducting health and wellness business activities carrying in-house brands line of herbal and nutritional remedies, products, and spa and hospitality services, and supporting activities. We believe that the future of medicine lies in integrated medicine, more specifically amongst that, in herbal remedies and therapies.

Presently, only a minute part of the wonders of natural medicine is known to mankind. When we can truly understand the kind of remedies that nature can provide us with, we will be able to get cures for most of the diseases, considered to be incurable today, if not all.

Naik Seri Wajah Pengantin.


Ramai wanita tidak tahu rawatan untuk bakal pengantin mampu menaikkan seri wajah di hari bahagia mereka. Rawatan spa khas untuk bakal pengantin mendapatkan rawatan kecantikan dari dalam seperti sauna, lulur badan, urutan badan, rawatan wajah dan bekam sunnah.

Oleh yang demikian bagi bakal pengantin yang tidak lama lagi akan bersanding, Yoyoy Kamphora Spa menawarkan rawatan spa lengkap untuk bakal pengantin bagimembantu menaikkan keyakinan dan seri wajah bakal pengantin.

Syaitan sering menyerang kita melalui 10 pintu ini....


1) BURUK SANGKA.

2) CINTAKAN DUNIA DAN PANJANG ANGAN-ANGAN.

3) CINTAKAN NIKMAT DAN KEREHATAN

4) UJUB (Kagum dengan diri sendiri).

5) PANDANG RENDAH TERHADAP ORANG LAIN DAN TIDAK MENGHORMATI MEREKA.

6) RIAK DAN SUKAKAN PUJIAN ORANG

7) HASAD.

8) BAKHIL.

9) TAKABUR.

10) TAMAK.

Wednesday, January 25, 2012

Majalah Dara.Com Edisi Februari 2012. @ Yoyoy Kamphora Spa.



Yoyoy Kamphora Spa di Majalah Dara.Com keluaran Februari 2012. Sila dapatkan di pasaran sekarang. Rawatan yang ingin ditonjolkan adalah Rawatan Wajah Vitamin + Lifting. Rawatan Vitamin C + Lifting sesuai untuk semua wanita yang ingin sentiasa cantik, berseri dan awet muda.

Sila ke Spa Taman Melawati, Kuala Lumpur dan Spa Gombak, Selangor untuk mendapatkan rundingan secara percuma dan rawatan yang berkesan dari kami. 

Wednesday, January 18, 2012

Pakej Rawatan Selepas Bersalin


BERPANTANG EMPAT PULUH EMPAT HARI 

Selama empat puluh empat hari, dikira dari hari pertama bersalin, adalah diadatkan kepada ibu tersebut untung menjalani pantang. Ini bererti ibu tersebut ditegah daripada makan sebarangan mengikut kehendaknya atau membuat apa-apa jua kerja rumahtangga, walaupun bangun berjalan meninggalkan tempat tidurnya. Selepas tujuh hari barulah ibu tersebut dibenarkan berjalan sedikit-sedikit, itu pun hanya di dalam rumahnya sahaja. Pantang ini adalah dianggap suatu perkara yang penting sekalipun ibu tersebut merasakan yang dia sudah boleh membuat sebarang aktiviti seperti biasa dilakukan. Ketika dalam berpantang, ibu tersebut akan dikehendaki memakai stoking atau membalut kakinya dengan kain bagi mengelakkan angin memasuki badan. Di dahinya pula akan dilumurkan ubat yang bertujuan menarik angin keluar dari badan. 

Pantang Larang Selepas Bersalin


Seorang ibu yang baru melahirkan anak haruslah menjaga kesihatan diri dengan sempurna dan teratur. Penjagaan kesihatan sangat penting agar ibu dalam pantang tetap sihat dan ceria selepas bersalin.

Tidak ramai tahu kehamilan memberi banyak tekanan kepada badan wanita. Malah, pada masa sama wanita juga boleh mengalami tekanan emosi, terutama jika kehamilan itu tidak dikehendaki.
Sedar atau tidak, kehamilan membawa banyak perubahan fizikal dan emosi kepada wanita. Selepas bersalin, ramai wanita lebih memberi tumpuan kepada bayi dan suami sehingga kadangkala ada yang lupa mengambil berat kesihatan diri sendiri.

Berpantang memberi peluang kepada wanita untuk berehat secukupnya kerana kehamilan boleh menyebabkan beberapa gangguan kepada fungsi asal badan. Ini sebabnya setiap pasangan disaran merancang keluarga yang bukan saja baik untuk bayi, bahkan demi kepentingan wanita sendiri.

Pakej Spa Selepas Bersalin @ Yoyoy Kamphora Spa.


Pakej Rawatan Selepas Bersalin di Yoyoy Kamphora Spa khas untuk wanita muslimah yang mahu tampil anggun dan cantik selepas melahirkan anak. Spa kami terletak di Gombak dan Taman Melawati, Kuala Lumpur menyediakan rawatan selepas bersalin di Spa seperti Urutan Tradisional, Sauna, Bertungku, Lulur Badan, Rawatan Wajah dan Mandian Herba.

Spa Muslimah yang menyediakan rawatan urut selepas bersalin ini, juga menyediakan pakej rawatan kecantikan seri untuk bakal pengantin.Rawatan urut selepas bersalin untuk membuang angin dalam badan, membuang toksin dan melancarkan darah dan oksigen ke seluruh badan.

Bagi wanita yang tinggal berhampiran Ampang, Wangsa Maju, Taman Melawati, Selayang, Batu Caves dan Gombak, Kuala Lumpur boleh terus ke Yoyoy Kamphora Spa untuk membuat temujanji dan rundingan secara percuma.


Monday, January 16, 2012

Rawatan Seri Pengantin.




Rehatkan minda dan manjakan tubuh anda di spa kami agar anda tampil segar dan jelita untuk bakal suami di hari pernikahan anda.

Walaupun solekan dapat menyerlah kecantikan, seri pengantin akan lebih menyerlah dari dalam menerusi rawatan wajah dan badan yang menjadi satu kemestian untuk bakal mempelai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...