Tuesday, November 27, 2012

Tanda-tanda Rahim Jatuh.

Rahim jatuh ke bawah dan kadang-kala terkeluar dari saluran faraj. Keadaan ini biasanya disebabkan oleh ligamen dan otot yang biasanya memegang rahim pada kedudukkan asal menjadi lemah akibat dari kehamilan dan kelahiran. Justeru itu rahim seakan-akan melorot ke bawah melalui saluran faraj.

Keadaan ini merangkumi beberapa peringkat, di peringkat awal ia hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa,

Peringkat kedua di mana pintu rahim jatuh sampai ke permukaan faraj


Peringkat ketiga yang sangat teruk ialah apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran dan permukaan faraj (satu keadaan yang biasa digelar ‘tombong’', Diantara kesan-kesan kekenduran faraj dan otot rahim adalah seperti berikut.

Gangguan Perkencingan

Ramai wanita yang mengalami masalah kekenduran rahim atau prolapse akan menghadapi masalah perkencingan seperti kerap kencing, sukar hendak mula kencing tetapi apa yang ketara sekali sukar untuk mengawal kencing khususnya apabila ia batuk, bersin ataupun apa apa perbuatan yang menyebabkan tekanan dalam perut meningkat seperti ketawa berdekah-dekah, semput dan ketika hendak berdiri daripada sujud ketika sembahyang, maka air kencing akan keluar dengan sendiri tanpa boleh dikawal.

Keadaan ini digelar dengan nama Stress Incontincence dan sangat menyusahkan dan mengganggu tugas harian seseorang wanita khususnya dalam menjalankan amal ibadah seperti sembahyang kerana ia mudah batal daripada wudu’nya.Gangguan hubungan kelamin

Oleh sebab berlakunya kelonggaran pada faraj khususnya pada otot yang memegang faraj yang biasa digelar dengan nama Pelvic Floor Muscle, maka kekuatannya untuk mencekang atau mengemut dalam proses hubungan seksual mungkin terganggu sedikit.

Ini boleh mengurangkan kepuasan dan kenikmatan seks khususnya pada pihak suami. Ramai wanita serta suami mengadu tentang kekurangan nikmat atau kepuasan seks selepas kelahiran bayi dan perkara ini memang berpunca daripada berbagai faktor tetapi diantaranya ialah kekenduran atau kelemahan otot disekeliling faraj.


Ketidakselesaan dan sakit pinggang
 Gangguan lain yang boleh timbul akibat daripada prolapse rahim ialah rasa tidak selesa kerana sesuatu benda iaitu rahim terkeluar daripada farajnya. Ini berlaku ketika ia berdiri atau banyak berjalan. Oleh sebab rahim jatuh ia menarik otot dan sering-kali urat di bahagian pinggang juga agak tertarik menyebabkan ramai di antara mereka yang mengadu sakit pinggang.
Gangguan Kesihatan
 Dalam kes prolapse yang teruk atau peringkat ketiga di mana keseluruhan rahim terkeluar, seringkali pintu rahim tergesel pada seluar dalam menyebabkan luka atau erosion.

Luka ini seringkali dijangkiti kuman menyebabkan keputihan atau pengeluaran lendir yang banyak. Dalam jangka panjang ada juga kes di mana berlaku ketumbuhan akibat daripada pergeresan yang berpanjangan. Malah ada setengah kanser pangkal rahim timbul daripadanya.

1 comment:

Unknown said...

Good-day, I'm Josef Lewis. A reputable, legitimate & accredited lender. We give out loan of all kinds in a very fast and easy way, Personal Loan, Car Loan, Home Loan, Student Loan, Business Loan, Inventor loan, Debt Consolidation. etc

Get approved for a business or personal loans today and get funds within same week of application. These personal loans can be approved regardless of your credit and there are lots of happy customers to back up this claim. But you won’t only get the personal loan you need; you will get the cheapest one. This is our promise: We guarantee The lowest rate for all loans with free collateral benefits.

We strive to leave a positive lasting impression by exceeding the expectations of my customers in everything I do. Our goal is to treat you with dignity and respect while providing the highest quality service in a timely manner. No social security Number required and no credit check required, 100% Guaranteed. Kindly respond immediately using the details below if interested in a loan and be free of scams..

Email: progresiveloan@yahoo.com
Call/Text +1(603) 786-7565 thanks



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...